Friday 2 May 2014

Hak Asasi Manusia : Hak Untuk Hidup Menurut Perspektif Islam.

APA ITU HAK UNTUK HIDUP

Pengakuan hak untuk hidup itu amat sentral dalam seluruh peri kehidupan kebangsaan dan kenegaraan Malaysia. Kewujudan sesuatu bangsa itu pertama sekali harus diakui hakikat dan memartabatkan kewujudan manusia di dalam sesebuah negara.

Menurut prrinsip rule of law, iaitu sistem dan praktik pemerintahan, wajib melindungi rakyat dari penyelewengan kuasa dan melindungi warga serta hak miliknya dari penyelewengan hak sesama rakyat yang mana merupakan akibat dari pengakuan atas hak hidup, mempertahankan kehidupan dan mengembangkan kehidupan. Tujuan bernegara yang hendak dicapai juga adalah berintikan peningkatan kualiti hidup sebagai penghormatan ke atas kehidupan manusia.

Hak asasi ini berhubungan secara langsung dengan masalah pengguguran bayi, hukuman mati, euthanasia, membela hak diri, pembunuhan, perang serta hak untuk hidup yang lain. Kerana hak untuk hidup, maka diakui, hak pengguguran bayi pada dasarnya tidak dapat diizinkan. Hanya dalam keadaan yang sangat mendesak dan membahayakan nyawa seseorang, yang disahkan oleh seseorang yang bertauliah seperti doktor, maka pengguguran bayi dapat dilakukan dan dibenarkan.

Seseorang berhak membela diri sendiri untuk mempertahankan kehidupannya apabila kehidupan sosial dan peribadinya terancam tetapi pembunuhan adalah pelanggaran hak asasi manusia yang paling kritikal. Meminta untuk diakhiri atau mengakhiri hidup (euthanasia), misalnya kerana menderita penyakit yang tidak akan disembuhkan juga tidak dapat diizinkan. Pembunuhan dan hukuman mati dalam perang adalah kejahatan yang sering terjadi justeru untuk melindungi manusia lain dari pembunuhan. Pada dasarnya perang itu sendiri yang harus dicegah.


HAK ASASI MANUSIA MENURUT PERSPEKTIF BARAT
  1. Barat mulai melihat isu-isu hak asasi manusia sekitar 60 tahun lalu berbanding Islam yang telah lama mengajar manusia prinsip hak asasi manusia sejak ribuan tahun lalu.
  2. Hak asasi manusia barat mencetuskan perperangan dan penjajahan yang bersifat mengunguli kuasa.
  3. Hak asasi manusia sukar mencapai tahap universal yakni tidak boleh digunakan oleh semua masyarakat dunia tanpa memperdulikan etnik atau ras. Berikutan hak asasi manusia yang digariskan barat tidak memelihi bersifat selaras dengan fitrah manusia secara keseluruhannya. Sebagai contoh, deklarasi Hak Asasi Manusia (HAM) 1948 dipengasuhi oleh fahaman liberalism dan sekularisme serta ia dilihat tidak selaras dengan budaya dan nilai-nilai yang dianut sebahagian bangsa di dunia.
  4. Deklarasi Hak Asasi Manusia (HAM) 1948 juga tidak menyentuh soal penjajahan terhadap sesebuah negara/ bangsa dan soal memperlekehkan dan menghina bangsa-bangsa di dunia.
  5. Hak Asasi Manusia (HAM) dibarat hanya merupakan sebuah penjanjian yang ditetapkan berdasarkan kesepakatan dan suara terbanyak masyarakat. Oleh sebab itu ia tidak terlepas dari pengaruh hawa nafsu, kepetingan diri sendiri, golongan yang berkuasa dan sebagainya.
  6. Ia juga boleh dibatalkan dan dicipta semula sesuai dengan kehendak manusia dan zamannya. Contohnya di barat kini membenarkan fenomena perkahwinan sesama jenis dan pengguguran kandungan.
  7. Dari sudut hak kebebasan, kebebasan dalam Islam adalah kebebasan bersyarat iaitu kebebasan yang tidak boleh melanggar kebebasan orang lain, kebebasan tidak boleh menguatkan manusia kepada kejahatan dan kebebasan tidak boleh menghalangi manusia untuk mencapai kesempurnaan.
  8. Sebaliknya, barat melepaskan penafsiran kebebasan tanpa kenali hanya setakat tidak boleh melanggar kebebasan orang lain.


HAK ASASI MANUSIA : HAK UNTUK HIDUP MENURUT ISLAM

Hadis nabi S.A.W. yang bermaksud : Hak seseorang muslim ke atas muslim yang lain ada lima: iaitu menjawab salam, menziarahi pesakit, mengikuti jenazah,menerima undangan, dan mendoakan orang yang bersin.

Berdasarkan hadis ini dapatlah dirumuskan bahawa baginda sendiri nabi Muhammad S.A.W. mementingkan hak-hak terhadap sesama manusia. Lebih-lebih lagi sesama muslim yang mengaku beriman kepada Allah S.W.T.

Islam juga mengajar kita tentang adab dan hak terhadap ibu bapa antaranya : 
  1. Mentaati kedua ibu bapa dalam semua hal kecuali perintah melakukan maksiat dan keburukan.
  2. Berbicara dengan kedua ibu bapa dengan tutur kata yang sopan dan lembut.
  3. Mencium tangan keduanya setiap pagi dan petang.
  4. Memelihara nama, kehormatan dan harta benda mereka.
  5.  Memuliakan mereka dan memberikan apa yang dipinta.
  6. Berbincang dengan mereka dalam segala pekerjaan dan urusan.
  7. Memperbanyakkan doa dan memohon ampun untuk ibu bapa.



Tambahan lagi, Islam juga turut mengajar kita tentang adab dan hak jiran tetangga antaranya : 
  1. Tidak melakukan penganiayaan kepada mereka seperti mencuri harta mereka, membuang sampah di sekitar kawasan rumah mereka dan menghina oleh sebab kesilapan mereka dan banyak lagi.
  2. Melindungi mereka dengan sikap sentiasa mengambil berat terhadap kesusahan mereka.
  3. Membuat baik terhadap mereka seperti mengucapkan tahniah atas kejayaan mereka bahkan dengan kejayaan anak-anak mereka, mengucapkan takziah jika musibah melanda mereka, melawat mereka ketika sakit, menasihati kejalan yang benar dan lain-lain.
  4. Bersikap berlapang dada dengan mereka walaupun mereka sering berlaku kasar terhadap kita.



Sabda Rasulullah yang bermaksud : Barang siapa yang menutup pintunya terhadap jirannya kerana bimbang atas keluarganya dan harta bendanya maka bukanlah dia seorang mukmin. Dan tiadalah beriman sesiapa yang jirannya tidak selamat dari kejahatannya. Adakah kamu tahu hak jiran itu? Hak jiran itu ialah jika dia memohon bantuan, kamu membantunya, jika dia meminta pinjaman hendaklah kamu memberikan pinjaman, jika memerlukan sesuatu hendaklah kamu memenuhinya, jika dia sakit hendaklah kamu melawatnya, jika dia mendapat kebaikan, gembirakanlah dia, jika dia mendapat musibah ucapkanlah takziah, jika dia meninggal dunia hantarkan jenazah ke kubur jangan membina rumah yang lebih tinggi dari rumahnya sehingga anginnya tertahan masuk ke rumahnya melainkan dengan izinnya. Jangan mengganggunya dengan bau masakan melainkan kamu memberikannya sedikit dari masakan itu, jika kamu membeli buah-buahan berikanlah kepadanya beberapa biji, jika tidak mahu berikan, bawa buah itu didalam bungkusan, janganlah membiarkan anak-anakmu memakan makanan diluar rumah sehingga menyebabkan anak jiran kamu merasa teringin (terhadap makanan itu).”

Disamping itu, Islam turut mengajar umatnya untuk menjaga adab dan hak seorang teman dan sahabat yang telah disebutkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W antaranya :
  1. Memberi salam.
  2. Menziarahi ketika dia sakit.
  3. Mendoakan ketika dia bersin.
  4. Sering menziarahi ke rumahnya bagi mengeratkan hubungan keranan Allah.
  5. Membantu ketika susah.
  6. Menerima undangannya.

Antara lain yang turut diajar oleh Islam ialah menjaga hak muslim terhadap saudaranya yang muslim  yang lain antaranya :
  1. Menutup aibnya meringankan kesusahannya.
  2. Membantu di dalam segala hal yang penting dan perlu.
  3. Memenuhi segala hajat.
  4.  Menghapuskan duka nestapa.
  5. Membelanya ketika dianiaya.
  6.  Menolongnya jika lemah.
  7. Meringankan beban hidupnya.
  8. Menghormati sahabat yang lebih tua.
  9. Kasihan terhadap yang kecil.
  10. Tidak menghinanya.
  11. Tidak menipu.
  12. Tidak dengki.
  13. Mengasihinya sebagaimana kita mengasihi diri sendiri.

Di antara prinsip-prinsip asas hak asasi manusia untuk hidup menurut perspektif Islam adalah seperti berikut:
  1. Hak untuk hidup.
  2. Hak untuk kebebasan.
  3. Hak persamaan.
  4. Hak mendapat keadilan.
  5. Hak mempertahankan kebenaran.
  6. Hak milik.
  • Dari perspektif barat, mereka tidak memiliki batas selain seseorang itu tidak melanggar kebebasan orang lain.
  • Pemerintah barat melakukan berbagai perilaku bagi meluaskan hegemoni, invasi dan penjajahan.
  • Pemerintah islam mestilah membenarkan setiap orang untuk menganut sebarang agama, mengamalkan adat resam, keluarga, makan minum dan sebagainya. Selagi tidak mengganggu kepentingan umum dan hak agama lain.
  • Orang bukan islam berhak mendapat perlindungan tetapi mereka tidak boleh diberikan hak-hak kepimpinan yang berlebihan termasuk menjadi ketua negara.
  • Kehadiran Islam tidak meletakkan manusia diatas persamaan yang menyamai dasar keesaan Allah.
  • Martabat kemuliaan diukur berdasarkan amalan dan ketakwaan kepada Allah.
  • Dalam islam, martabat tidak boleh diukur berdasarkan keturunan, bangsa, bahasa, warna kulit, tanah air, harta benda dan sebagainya.

Unsur menjadi kebanggaan manusia :
  1. Bangsa.
  2. Kekuasaan.
  3. Harta benda.
  • Tiga unsur tersebut tidak boleh dijadikan dasar untuk membeza-bezakan manusia dari segi keadilan, tanggungjawab dan pemberian hak.
  • Islam juga menitikberatkan aspek jantina dalam mendapat hak kesamaan kecuali dalam perkara yang melibatkan fitrah dan kemampuan.
  • Persamaan tidak boleh diukur dari segi jumlah atau bilangan yang diberi kepda setiap pihak tapi dari segi peluang untuk memiliki dan berhak untuk berusaha keatas sesuatu kurniaan Allah.
  • Persamaan yang bercanggah dengan fitrah manusia adalah dilarang.
  • Bagi hak mendapat keadilan pula hendaklah meliputi seluruh aspek kehidupan dengan merentasi garis sempadan perkauman, agama dan budaya termasuk memelihara keadaan socsial, keadaan agihan kekayaan dan peluang ekonomi, kebebasan dalam berpolitik dan persatuan, hak dan kebebasan individu dan manoriti, hak beragama dan sebagainya.
  • Konsep utama dalam mendapatkan keadilan ialah dengan melaksanakan hukum Allah S.W.T secara komprehensif yang mana ia bermaksud membela mana-mana golongan yang dizalimi demi mendapat hak keadilan.
  • Adalah paling lengkap dan sempurna kerana ia merangkumi hubungan antara manusia dengan Allah S.W.T, hubungan manusia sesama manusia secara individu dan kolektif, hubungan manusia dengan makhluk lain yang diamanahkan kepada manusia mentadbirkannya dengan cara yang benar-benar memberi manfaat, membawa maslahah dan menolak mutharat.
  • Jabatan kehakiman menjadi badan penghukum yang sangat penting dalam menegakkan keadilan dan merupakan salah satu daripada institusi pemerintahan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaaan.
  • Badan ini menjadi tempat pergantungan umat untuk memperolehi hak-hak mereka dan bertanggungjawab untuk menjatuhkan hukuman dengan seadil-adilnya tanpa mengira pangkat atau darjat.
  • Islam telah menetapkan syarat yang ketat terhadap para hakim bukan hanya dinilai dari suduk intergriti keilmuannya sahaja, tetapi juga ketaqwaan, akhlak dan kebijaksanaannya selain mengetahui adab dan etika pengendalian sesebuah mahkamah.
  • Para hakim berlaku adil dalam menjatuhkan dan menegakkan hudud, iaitu undang-undang yang telah ditetapkan sendiri oleh Allah S.W.T.
  • Jika ketidakadilan hukum wujud, ia akan mendorong orang ramai melakukan kesalahan.
  • Bagi hak mempertahankan kebenaran pula, ia adalah prinsip yang sangat relevan dalam mempertahankan maruah dan hak-hak kehidupan.
  • Apabila kebenaran direalisasikan dalam kehidupan makan hapuslah kebatilan dan kezaliman.
  • Umat Islam mestilah menjadikan nilai kebenaran sesuatu yang paling dicintai.
  • Prinsip kebenaran merupakan tonggak yang menentukan keislaman seseorang, kerana kebenaran itu sendiri cukup sinonim dengan Islam.
  • Kebenaranlah yang mesti menjadi asas dalam memandu kehidupan seharian.
  • Islam mengakui hak pemilikan manusia terhadap harta bendanya yang dikurniakan oleh Allah swt.
  • Hak pemilikan harta dianggap sebagai tuntutan fitrah untuk setiap manusia.
  • Namun hak ini dibatasi dengan hukum Allah, yakni halal dan haram.
  • Mengeksplorasii sumber alam, menjalankan perniagaan serta pemberian secara adil merupakan contoh pengumpulan harta benda yang halal mengikut syariat Allah.
  • Pengumpulan harta benda dengan cara memakan riba, memakan harta anak yatim, menjalankan perniagaan dengan cara tipu daya, melakukan penindasan dan kezaliman keatas pihak yang lemah dan sebagainya merupakan cara pengumpulan harta secara haram yang mana adalah dilarang oleh Islam sesama sekali dan pastinya akan mendapat pembalasan buruk dari Allah S.W.T.


CABARAN MENDEPANI ISU HAK ASASI MANUSIA


Antara cabaran yang perlu ditangani bersama ialah : 
  1. Bagaimana generasi baru melihat kepada isu hak asasi manusia. Langkah-langkah pendidikan hak asasi manusia mestilah diberikan kepada generasi muda supaya generasi pelapis ini sedar kepentingan memelihara hak asasi manusia, fahaman sejarah dan prinsip-prinsip hak asasi manusia menurut pelbagai perspektif. (Aizuddin, 2002).
  2. Usaha menerangkan kepada masyarakat global mengenai keupayaan Islam menangani isu hak asasi manusia di dalam masyarakat berbilang agama dan bangsa.
  3. Aplikasi hak asasi manusia secara menyeluruh dan telus tanpa apa-apa kepentingan. Tribunal hak asasi manusia sepatutnya diwakili oleh wakil setiap bangsa dan agama. Pembelaan daripada segala bentuk pencerobohan hak asasi manusia sangat diperlukan.



RUMUSAN

Pandangan Islam terhadap hak asasi manusia berpaksikan peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Prinsip Islam membawa rahmat kepada seluruh alam menjadi asas penafsiran hak asasi manusia. Hak asasi manusia dari sudut pandangan Islam dianggap sebagai matlamat syariat Islam yang menjamin dan memajukan sahsiah manusia dalam aspek yang utama iaitu nyawa, keluarga (keturunan), akal, iman (agama), dan harta benda. Justeru, usaha berterusan terhadap pemeliharaan hak asasi manusia yang bersifat sejagat dan bersesuaian dengan fitrah kemanusiaan perlu terus dilakukan dan pencabulan hak asasi mesti dibendung untuk tujuan keamanan hidup masyarakat dunia dan tempatan.






Dan ini pula klip video lagu untuk hak asasi manusia! 
Human Rights - The Beginning nyanyian Hana-li :)




Did you ever have
This dream
One where we all can be free
Treated equally
Did you ever wish for that day
One where hatred melts away
Love is the way

Know that you're not alone

Your vision's my own
Just listen to this words
And know these are human rights
And they're free

So listen carefully

'Cause they're for you and me

Did you know (2x)

You got a right to life
Did you know (2x)
You have got a right to learn
Did you know (2x)
You can stand for your rights
So join in my song tonight

And it all starts with you and me

From young, old, wild, and free
When all nations sing this melody
When we wave our flags in harmony
And when we all can live as one 
And the world feels a brighter sun
We can turn this dream into reality
Human rights begin with you and me

Every place is not the same

Universally, our rights never change
Everywhere you go
It shows our responsibility
It's time to help them to see that
No matter black or white
Lost or right in sight
We all deserve the right to know

So if you want to change this world

No it's not a mystery
It starts with you and me

Did you know (2x)

You got a right to life
Did you know (2x)
You have got a right to learn
Did you know (2x)
You can stand for your rights
So join in my song tonight

And it all starts with you and me

From young, old, wild, and free
When all nations sing this melody
When we wave our flags in harmony
And when we all can live as one 
And the world feels a brighter sun
We can turn this dream into reality
Human rights begin with you and me

Our dream

Our vision
To reach, these wall must all come down
We all have a reason
To live, to love, to work and play
Our rights they cannot be taken away

And it all starts with you and me

From young, old, wild, and free
When all nations sing this melody
When we wave our flags in harmony
And when we all can live as one 
And the world feels a brighter sun
We can turn this dream into reality
You and me

And it all starts with you and me

From young, old, wild, and free
We can turn this dream into reality
Human rights begin with you and me

Friday 22 November 2013

TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN : TECHNOLOGY MAKES EASY

GGGE 2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN
FAKULTI PENDIDIKAN UKM
SEM 1 2013-2014
JUMAAT (11 – 12 TENGAHARI)


DEWAN KULIAH 43.102 DTAMS




Nama            : Mohamad Amiruddin bin Mohamad Yusof
No Matrik       : A142216
Program         : Sukan dan Rekreasi
Tahun Pengajian : 2
Email           : amer_meraz@yahoo.com
Facebook        : Mohamad Amiruddin / Amer Yuriy
Blog            : http://a142216.blogspot.com
No Tel          : 012-9822012
No Tel Rumah    : 09-2803354
Alamat Kolej    : 110, K11A, Kolej Burhanuddin Helmi, UKM.
Alamat Rumah    : No 46, Kampung Dala, 28500 Lanchang, Pahang





10 GAMBAR TEKNOLOGI DALAM SUKAN



Adidas miCoach Smart Run - a smartwatch without apps.

Adidas miCoach Smart Run

Merupakan satu jam pintar yang merupakan pengesan aktiviti latihan mudah, dan bertindak seperti jurulatih persendirian. Adidas miCoach Smart Run ini menggantikan keperluan untuk chest-mounted heart rate monitor, yang terbina dibawah jam, dan juga GPS dan Bluetooth, sesuai dengan alat all-in-one ini dan memudahkan atlet menganalisa setiap latihan kecergasan yang dilakukan.









High-Tech Prosthesis Leg

Kaki robotik ini telah dibina khas untuk atlet OKU yang berminat dalam bidang sukan terutama dalam acara pecut untuk turut serta berlumba. Alat ini juga mempunyai fleksibiliti yang tinggi kerana bentuknya yang melengkung, membolehkan atlet melakukan larian pecut hampir sama laju dengan atlet pecut normal, selain daripada bahan binaan alat ini yang ringan dan mudah untuk dipakai oleh mana-mana individu. Alat ini telah disahkan penggunaan dalam sukan Paralimpik.







miCoach F50 adiZero

Dikenali sebagai "but bola sepak dengan otak," Adidas F50 adiZero berfungsi dengan produk adidas lain, seperti miCoach. Apabila digunakan dengan F50, miCoach boleh mengesan data masa sebenar jarak, kelajuan dan larian. Memori terbina dalam menyimpan data sehingga 7 jam dan yang boleh dipindahkan ke telefon pintar.






                           

HydraCoach

Hydracoach merupakan botol air yang direka khas untuk mengingatkan atlet untuk menjaga kelembapan pada setiap masa. Terbina dalam botol air, alat peranti memantau seberapa banyak air yang telah digunakan setiap jam untuk aktiviti yang berbeza setiap hari.







                           

Nike Fuelband

Nike + Fuelband dibina untuk pengguna dengan matlamat setiap aktiviti yang mereka lakukan, tercapai. Ia mengesan pergerakan pergelangan tangan dan menjejaki aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang hari. Dilengkapi dengan paparan LED, ia menunjukkan masa, larian, kalori dan NikeFuel. Peranti ini juga boleh berhubung dengan Nike dan laman web dan dengan aplikasi iPhone percuma melalui Bluetooth.







Nike's SPARQ Vapor Strobe Eyewear

Nike telah membangunkan satu cara untuk meningkatkan daya ingatan visual jangka pendek dan masa tindak balas fizikal melalui satu set strob gogal yang membantu atlet dalam latihan mereka. Alat ini menilai atlet untuk10 kemahiran prestasi visual dan mewujudkan program latihan khusus untuk atlet dan pada asasnya menghilangkan kabut yang menghalang penglihatan pemakai untuk jangka masa yang pendek, serta membantu atlet untuk menjangka apa yang akan datang.







Nike Method MOD Putters

Teknlogi polimetal teknologi Nike Groove yang ringan, lasak dan nipis membolehkan atlet untuk menangani cabaran golf dengan lebih konsisten dan keyakinan berbanding sebelum ini - dan teknologi inovatif yang sama membuka jalan untuk prestasi yang moden dalam barisan baru Nike Golf.







Speedo LZR Racer Swimsuit

Dibangunkan dengan kerjasama NASA dan Australian Institute of Sport, LZR Racer menggunakan elastane-nilon dan poliuretana itu dikatakan memegang badan dalam kedudukan yang lebih hidrodinamik, manakala membuang air dan membolehkan aliran oksigen yang lebih baik kepada otot. Ia juga telah dibina untuk mengelakkan drag air yang memperlahankan renangan atlet.






9 sports gadgets that offer something new

TylorMade R1

Walaupun kelihatan seperti berteknologi rendah, TylorMade R1 boleh diselaraskan (terdapat dial pada aci membolehkan anda menyesuaikan antara 8 dan 12 darjah untuk meningkatkan angkatan bola) dan pada permukaan kayu golf (pilih salah satu daripada tujuh posisi). Anda juga boleh menambahkan berat untuk lebih kuasa pukulan.







WiThings Blood Measure

Alat ukur lilit di skeliling lengan anda ini mampu berhubung terus kepada peranti telefon pintar untuk mengukur tekanan darah. Terbina dalam monitor, alat ini akan menguji, mengesan, menggraf dan berkongsi bacaan tekanan darah secara langsung dan memberikan tekanan darah segera dan ukuran nadi ketika anda bersukan dan bersenam. Jadi, anda boleh berkongsi data dengan jurulatih atau doktor anda, semua maklumat yang terkandung dalam aplikasi dan ia juga terus tersimpan ke 'backup' data secara automatik.






MENARIK BUKAN? BAIKLAH, SEKARANG JOM KITA TONTON VIDEO LUCU DALAM SUKAN YANG TELAH SAYA SIAPKAN. KHAS UNTUK ANDA!


10 VIDEO LUCU DALAM SUKAN

Selamat Menonton!


































PENAT BERGELAK SAKAN, SAYA SEDIKAN PULA KHAS BUAT TATAPAN ANDA, IAITU BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) BUATAN SAYA IAITU PUTTING GOLF. JOM TENGOK!






Pandangan daripada atas.




Hujung dan bawah kayu golf.







Pandangan sisi kayu golf.





Pandangan belakang kayu golf.





Ringkas, ringan dan efisien. Itulah ciri utama dalam pembuatan BBM kayu golf ini  =)





DAN INI PULA MERUPAKAN KULIT BUKU. HASIL DARIPADA ILHAM DAN KREATIVITI SAYA SENDIRI. DAN TAK LUPA JUGA KEPADA PENSYARAH YANG BANYAK MEMBANTU. TERIMA KASIH!










INI PULA VIDEO PROJEK KUMPULAN SAYA. SARAT DENGAN INFORMASI MENGENAI KEMAHIRAN ASAS BOLA KERANJANG. ENJOY!


Kemahiran Asas Bola Keranjang.




Disini saya sertakan juga cover CD saya untuk dihantar kepada pensyarah pada akhir sem 1 sesi 2013/2014 ini. Simple, tapi saya harap anda sukakannya =)







Dan untuk yang terakhir, esei kumpulan saya pula. Silakanlah baca report saya ini ya :)



MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SUKAN DAN REKREASI DALAM BIDANG AKADEMIK


1.0      Pengenalan

Penglibatan mahasiswa dalam bidang sukan di universiti sering dikaitkan dengan pencapaian akademik mereka dalam setiap peperiksaan yang dijalankan. Bagi mahasiswa yang aktif bersukan dengan mewakili universiti ke kejohanan sukan seperti Kejohanan Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dikatakan punca mereka mendapat keputusan yang tidak begitu memberangsangkan.

Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif yang bertujuan untuk meninjau sejauh mana penglibatan pelajar dalam bidang sukan akan mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Pada hari ini, kecemerlangan akademik menjadi asas kepada pengukuran kejayaan seseorang individu. Sebahagian besar masyarakat hari ini lebih mementingkan prestasi akademik yang cemerlang agar memperolehi status yang lebih berprestij.

Pendidikan dari segi falsafah bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.  Walaupun terbukti nilai-nilai positif dalam kegiatan sukan dan rekreasi, Namun kebimbangan terhadap gangguan prestasi akademik masih lagi tetap wujud (Kantha Kumar, 1985). Masyarakat masih lagi berpendapat penglibatan  secara aktif dalam sukan akan memberi kesan yang negatif terhadap prestasi akademik mereka. Ada yang merumuskan penglibatan  penglibatan pelajar dalam sukan akan menyebabkan masa tidak cukup untuk mengulangkaji pelajaran.

Prestasi akademik sering dikaitkan dengan sukan yang diceburi. Kegagalan dalam pelajaran selalunya dirujukan kepada masa  yang banyak digunakan untuk bersukan dan aktiviti rekreasi.  Pandangan sebegini seringkali kedengaran walaupun telah banyak kajian dibuat bagi menyakal kenyataan ini (Webb H, 1996 ; Mohd Yunsuff, 1983 ; Mohd Razali 1983 ; Eleanor, 1984). Kajian Mohd Yusof (1983) misalnya mendapati bahawa penglibatan dalam sukan dan aktiviti kokurikulum yang lain tidak menjejaskan prestasi akademik asalkan mereka tahu mengagihkan masa untuk bersukan dan untuk akademik.
Coleman (1983) dalam kajian mendapati bahawa pelajar-pelajar sekolah tinggi menghargai aktiviti ko-kurikulum lebih dari kerja akademik mereka. Beliau berkata fenomena ini boleh membawa hasil negatif kepada pencapaian akademik.

Justeru itu, kajian ini dibuat untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar sukan dan rekreasi dalam bidang akademik. Kajian ini juga, bertujuan untuk mendapat maklumat berkaitan pencapaian pelajar sukan dan rekreasi yang aktif dalam bidang sukan dan  pada masa yang sama cemerlang dalam bidang akademik.

2.0      Pernyataan Masalah/Persoalan

Sebahagian ibubapa, terutamanya masyarakat luar bandar masih percaya bahawa penglibatan dalam bidang sukan akan menjejaskan prestasi pelajaran anak-anak mereka. Ini disebabkan masyarakat di Malaysia masih belum boleh menerima kenyataan meluas bahawa penglibatan dalam sukan bukan sahaja memberi kebaikan
kepada anak-anak mereka dari segi kesihatan, tetapi juga boleh menjamin masa depan kerjaya anak-anak.

Bagi sesetengah individu pula, mereka masih lagi  menganggap kegiatan sukan mengganggu masa belajar serta prestasi seseorang pelajar dalam akademik, bagi memastikan apakah benar bahawa tanggapan yang dibuat dengan beberapa persoalan telah dibuat untuk dalam kajian ini bagi menjawab persoalan yang bermain difikiran sesetengah masyarakat hari ini.

Sehubungan dengan itu, pernyataan masalah kajian ini adalah membandingkan pencapaian akademik mahasiswa di Universiti Kebangssan Malaysia. 

Berikut merupakan persoalan kajian :
2.1  Adakah kegiatan sukan mengganggu prestasi akademi  pembelajaran.
2.2  Adakah kegiatan sukan menyebabkan PNGK pelajar  yang rendah dalam setiap kali peperiksaan.
2.3  Adakah kegiatan sukan menyebabkan pelajar tidak mempunyai masa yang cukup untuk untuk mengulangkaji pelajaran.

3.0  Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar sukan dan rekreasi dalam bidang akademik.
3.1  Bagi mengetahui adakah kegiatan sukan mengganggu prestasi akademik.
3.2  Untuk mengenalpasti kesahihan pendapat yang mengatakan  penglibatan dalam sukan secara aktif menyebabkan  kemerosotan PNGK dalam  keputusan peperiksaan.
3.3  Untuk mengetahui adakah kegiatan sukan mengganggu waktu untuk  mengulangkaji pelajaran.

4.0  Metodologi Kajian

Persampelan rawak mudah digunakan bagi menentukan responden dari tempat yang dikaji. Ia merupakan kajian berdasarkan kepada sebuah institut pengajian tinggi iaitu tempat penyelidik belajar. Ia akan memudahkan penyelidik mendapat maklumat-maklumat daripada responden dan mentadbir kajian dengan mudah dan tepat.
     Dalam kajian ini satu set soalan soal selidik yang digunakan untuk mengumpul data. Soal selidik ini mengandungi empat bahagian.

     Bahagian pertama merupakan bahagian biodata responden, bahagian kedua ialah penilaian tahap penglibatan pelajar dalam sukan. Bahagian ketiga pula ialah penilaian terhadap masalah yang dihadapi oleh sukan dan rekreasi dalam bidang akademik dan bahagian yang terakhir mengenai cadangan yang diberikan oleh pelajar sukan dan rekreasi.

5.0  Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian adalah untuk melihat tahap pencapaian pelajar sukan dalam bidang akademik dan sejauh mana pelajar sukan dapat mengimbangi dan membahagikan waktu bersukan dan belajar.
Pengkaji berpendapat, kajian ini akan memberi satu gambaran mengenai apa yang sedang berlaku di universiti, khasnya bagi pelajar program sukan dan rekreasi dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan. Ini akan memberikan satu kaedah jalan penyelesaian sekiranya terdapat sedikit kelemahan dalam kajian ini. Maka kesedaran tentang sejauh manakah penglibatan pelajar sukan dan rekreasi dalam aktiviti kokurikulum dan sukan dapat dilaksanakan dengan berkesan terutamanya dalam menyelaraskan waktu belajar dengan aktiviti bersukan.

Pelajar di Fakulti Pendidikan dalam program Sukan Dan Rekreasi dipilih untuk menjadi responden dalam kajian ini dapat menilai dan memberi pendapat mereka secara peribadi tentang aktiviti yang mereka jalankan bagi tujuan mengatur, melaksana atau mengelolakan aktiviti tersebut agar tidak mempengaruhi dan mengganggu masa belajar mereka.

Pentadbir universiti harus bijak dalam merancang, mengurus, mentadbir aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan agar selaras dengan hasrat kerajaan, masyarakat dan ibubapa berdasarkan pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Pemahaman ibubapa atau waris pelajar terhadap pentingnya penglibatan anak-anak mereka dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan dimana kebanyakannya ibubapa tinggal di kawasan luar bandar dan bekerja dalam sektor pertanian/sawah yang masih memerlukan sokongan dan perhatian oleh pihak-pihak tertentu.

6.0 Lokasi/Skop Kajian

Responden bagi kajian ini terdiri daripada kalangan para mahasiswa dan mahasiswi di Fakulti Pendidikan Sukan dan Rekreasi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Bagi pemilihan sampel kajian pula, pengkaji akan menggunakan kaedah persampelan secara rawak bertujuan iaitu sampel yang digunakan ditetapkan mengikut ciri-ciri atau kriteria oleh pengkaji. Ia dipilih secara rawak di dalam kumpulan sasaran yang telah ditetapkan. Responden yang dipilih bagi kajian ini adalah dalam kalangan para mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Pendidikan Sukan dan Rekreasi Universiti Kebangsaan Malaysia. Borang soal selidik yang ada akan diedarkan kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM iaitu seramai 30 orang iaitu 24 orang mahasiswa dan enam orang  mahasiswi.

7.0  Analisis Data dan Perbincangan
7.1              Bahagian A (Latar Belakang Responden).
Jadual 7.1.1: Taburan kekerapan jantina responden kajian.

Jadual  7.1.2: Taburan kekerapan kaum responden kajian.

Jadual  7.1.3: Bidang sukan yang diceburi.

Jadual  7.1.4: Pencapaian tertinggi bidang akademik.






7.2              Bahagian B ( Penilaian Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Sukan)
Jadual 7.2.1:  Adakah anda terlibat dengan sukan sebelum menyambung pengajian di UKM.



Jadual 7.2.2: Anda sangat berpengalaman dan mahir dalam sukan mahir dalam sukan yang anda ceburi.



Jadual 7.2.3: Anda menyertai dalam lebih daripada satu sukan.


7.3              Bahagian C (Penilaian Terhadap Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar  
           Dalam Bidang Akademik)

Jadual 7.3.1: Aktiviti sukan mengganggu masa pembelajaran anda.




Jadual 7.3.2: Anda mendapat PNGK yang rendah kerana aktif bersukan.


Jadual 7.3.3: Anda sukar mengulangkaji pelajaran kerana menyertai kejohanan luar.






Jadual 7.3.4: Kegagalan menjuarai sesuatu kejohanan menyebabkan anda murung dan gagal dalam bidang akademik.


Jadual 7.3.5: Aktiviti sukan menyebabkan anda ketinggalan dalam pelajaran.






7.4  Bahagian D (Cadangan)

Jadual 7.4.1: Kelas tambahan yang diadakan oleh pensyarah amat bermanfaat untuk pelajar yang tertinggal dalam pembelajarn kerana bergiat aktif dalam sukan.


Jadual 7.4.2: Peralatan atau perkakasan sukan yang digunakan dalam bilik kuliah untuk sesi pembelajarn perlukan penambahbaikan yang terkini.


Jadual 7.4.3: Setiap tugasan dan nota perlulah dimuat naikkan di pautan iFolio bagi memudahkan pelajar yang terlibat dengan sukan membuat rujukan, mengulangkaji pelajaran  dan menyiapkan tugasan yang telah diberikan.



8.0 Cadangan/Kesimpulan

Daripada penganalisaan data, boleh dikatakan bahawa penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang sukan tidak mendatangkan implikasi negatif terhadap pencapaian akademik mereka. Keputusan kajian ini bertepatan dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Mohd Razali (1993) di mana beliau juga mendapati sebilangan besar daripada responden berpendapat bahawa penglibatan mereka dalam bidang sukan tidak menjejaskan pencapaian akademik.
Kebanyakan mereka berpendapat bahawa pembahagian masa yang bijak antara akademik dan sukan banyak membantu mencapai kejayaan dalam pelajaran selain dapat menyelaraskan masa berkualiti mereka dengan bijak. Para atlet yang juga pelajar Sukan dan Rekreasi dapat memberi tumpuan yang lebih semasa kuliah berjalan kerana tahu mereka banyak menghabiskan masa di gelanggang/padang. Para atlet juga berpendapat bahawa bersukan boleh membantu menyihatkan otak, menyihatkan tubuh badan dan membantu mengekalkan kecergasan fizikal dan mental mereka. Oleh itu walaupun mereka aktif bersukan tetapi dapat belajar dengan baik dan senang mengingati pelajaran kerana gaya hidup pelajar yang aktif.
Pendapat pelajar bahawa dengan aktiviti sukan pada masa kini boleh menjamin masa depan seperti peluang untuk mendapatkan pekerjaan, biasiswa, kenaikan pangkat dan sebagainya. Ini kerana pelbagai jaminan dan inisiatif yang telah direncana oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan atlet yang banyak berjasa dan mengharumkan nama negara di peringkat profesional.
Pelajar juga menyatakan bahawa mereka mampu dan mempunyai masa antara 1 – 5 jam untuk mengulangkaji pelajaran jika ketinggalan dalam pelajaran ketika sesi kuliah. Ini selaras dengan dapatan kajian Eleanor (1984) dan Lim (1991) di mana mereka mendapati pelajar memperuntukan masa antara 2 – 5 jam sehari untuk mengulangkaji pelajaran.
Sebagai kesimpulannya, banyak faktor yang mempengaruhi prestasi akdemik seseorang pelajar. Sehubungan dengan itu, kita perlu rasional apabila berhadapan dengan situasi sebegini. Terdapat beberapa faktor lain yang terlalu personal seperti pengaruh keluarga, sikap, suasana pembelajaran di rumah, pengaruh rakan sebaya, pengaruh daripada pensyarah atau guru, kaedah pengajaran dan pembelajaran, minat dan aspirasi pelajar itu sendiri.
Kesimpulan yang boleh dibuat hasil kajian ini ialah penglibatan secara aktif dalam bidang sukan tidak mempengaruhi pencapaian akademik bahkan dari segi kecemerlangan, mereka lebih baik berbanding dengan pelajar yang tidak aktif bersukan.
Selain faktor bersukan, terdapat faktor-faktor lain yang membantu mereka berjaya dalam pelajaran seperti pengaruh keluarga, pengaruh persekitaran, galakan dan motivasi yang berterusan dari semua pihak. Ungkapan-ungkapan seperti badan sihat otak cergas, bersukan menyihatkan badan dan seumpamnya jelas boleh diterima dan mempunyai perkaitan yang langsung dari segi kecerdasan minda dan kesihatan badan.

9.0 Rujukan
Beau, F. A. (1982). The mental ability of athletes in comparison with non-athletes in           high school. American School Board Journal, 73 (2), 45 – 155.
Coleman, J. S. (1983). The Adolescent Society. New York: Free Press of Glencoa.
Eleanor Ann Tan Lye Neo. (1984). Kajian pencapaian akademik di kalangan para atlit dan bukan atlit di peringkat Sijil Rendah Pelajaran. Projek Khas Sarjana  Muda yang Tidak Diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Kantha Kumar Ramasamy. (1985). Kaedah permainan dalam proses pengajaran   pembelajaran pendidikan jasmani. Jurnal Institut Pendidikan Darul Aman, 19,   8 – 13.
Lim Chew Sin. (1991). Satu kajian pencapaian akademik di kalangan pelajar atlit  dan bukan atlit. Projek Khas Sarjana Muda yang Tidak Diterbitkan. Serdang:       Universiti Putra Malaysia.
Mohd Razali Abdullah. (1983). Perbandingan prestasi akademik atlit dan bukan atlit         di Sekolah Menengah Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Journal Akademik.       Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Jilid IX, 39 – 47.
Mohd Yusoff Man. (1983). Sejauhmana penglibatan murid-murid dalam gerakerja           ko-kurikulum di sekolah mempengaruhi pencapaian akademik. Projek Khas   Sarjana Muda yang Tidak Diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Webb, H. (1969). Professionalization of attitudes towards play among adoslecent.  Aspect of Contemporary Sport Sociology. Chicago : The Athletic Institute.